Monday, June 30, 2014

Ye kau ja betul

Pandang ke depan dan kau nampak apa yang berlaku sekarang. 

Kau akan nampak dari sudut mata kecil kau sekalipun. Kau dah tau apa jadi dengan fesyen sekarang. 

Dan kau akan menidakkan setiap perihal orang yang mengatakan fesyen kau itu terlalu buruk untuk dipandang. Kau menidakkan aku ulang kau menidakkan. 

Sedangkan kau sendiri tahu jika ia dipandang "ya laa buruk jugak" 

Tapi biasalah. Kau mesti nak bela diri kan? 

Sama

Kalau nak tau awak eh awak yang kat sana tu dengan awak yang tengah taip ni. 

Sama ja semua. Tak sempurna.

Pelik

"Weh thanks la sebab kau dah banyak tolong aku, bila aku susah kau ada dengan aku, aku pun tak boleh nak tolong macam mana kau tolong aku" 

"Sama sama, eh takpe *senyum*"

Satu hari apabila orang itu betul betul tak dapat tolong

"Macam ni la kawan, bila aku susah takde sapa nak tolong, semua lari. bila aku senang beratur datang dekat aku. Shit" 

"------------" 
Pelik. 

Detik itu

Mana kau pergi 
Apa yang kau buat
Semua dia nak tau sampaikan kau rasa rimas. 
Tapi kau tak serik. 
Sampai kau nak keluar bersuka ria dengan kawan kawan kau dia tak izinkan. 

Detik itu apa kau mengerti setiap perbuatan dia? 
Detik itu adakah kau tau motif dia buat semua tu. 

Tak kan? Sebab detik itu kau rasa hanya dia dihati kau.
Tapi kau tak sedar detik itu kau dikongkong begitu rapat sedangkan kau belum sepenuhnya milik dia. 

Kau yang kat sana tu

Kau yang kat sana tu. 

Aku tak bersumpah tapi aku yakin kau ja yang ada dalam hati aku untuk perasaan cinta yang aku taktau sampai bila ni. 

Sunday, June 22, 2014

Siapa sangka

Siapa sangka
Dia akan datang saat kau cuba untuk lupakan dia.

 Siapa sangka
Kau pun akan terimbau kembali kenangan kau dengan dia

Siapa sangka 
Dia cuba untuk teguhkan kembali hubungan kau dengan dia

Siapa sangka 
Orang yang kau sayang pun sayang kau jugak. 

Siapa sangka
Dia tak pernah sekali tunjuk sayang dia dekat kau

Dan siapa sangka
Dia tetap menjadi pilihan hati kau. 

Wednesday, June 18, 2014

Masih wujud

Dalam setiap gerak geri manusia. 
Aku kaji. Kaji sampai habis
Baru bisa aku titipkan dalam laman penuh sawang ni. 

Aku perhati setiap tingkah laku manusia
Dan ia sangat perit untuk dikongsikan bersama
Sampai kau akan rasa kejam nya dunia. 
Sedangkan kita manusia yang tidak pandai untuk menguruskan sendiri. 
Ya termasuk aku. 

Jangan risau kisah ini masih wujud cuma berhenti seketika untuk pastikan wujudkan orang sebegini rupa. 
Orang yang punya hati dan perasaan.
Alhamdulillah ia masih wujud.