Thursday, November 27, 2014

Rayuan

Aku boleh bila kau tak ada.
Dan aku lemah bila kau datang.

Jadi aku merayu. 
Kau jangan datang langsung. 
Langsung!

Celaru

Apa kau lupa kau pernah doa yang baik untuk dia. Kau minta dia berada dalam keadaan yang baik. 

Tapi kau jugak minta dia rasakan apa yang kau rasa. 

Jadi kau nak yang mana satu ni ? 

Hi my name is karma

Satu hari akan ada satu benda datang sendiri kat kau dan perkenalkan diri dia. 

"Hai nama saya karma, saya datang untuk hidangkan apa yang awak telah hidangkan kan dulu" 



Tuesday, November 25, 2014

Talk like a shit

Bila satu saat kau cuba lupakan semua. Dia datang walaupun bukan untuk kau. 
Tapi datang tunjukkan diri. 
Untuk apa? Untuk lukakan hati ni lagi? 

Tuesday, November 11, 2014

Hampir kecundang

Apa yang aku rasa. Aku tengah benci diri sendiri. Aku rasa give up. Aku rasa down. 
Aku dah penat jadi watak dalam drama dunia ni. Penat jadi pelakon yang sedang bahagia di sisi orang tersayang. 

Aku jadi pelakon.
 tapi.. orang tersayang pupus di mamah kejutan budaya yang semakin terkenal di rata rata dunia. 

Monday, November 10, 2014

Cinta bangsat

Orang cakap rugi kalau setia. Eh setia merugikan ke? Aku tak rasa rugi tapi bila aku kena aku rasa rugi. 

Lama aku fikir sebanyak banyak manusia dalam dunia why me jadi mangsa bahana cinta durjana yang bangsat dari lelaki itu?

Tapi masih sayang. Gila kan? 

Janji mati

"Saya harap kita kekal selamanya dan tidak menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain.Saya sayang awak" -someone-

Sekarang mari sama sama kita tengok siapa yang telah menimbulkan syak wasangka. Kau atau aku? Aku tanya ni tapi masih belum punya jawapan bukan? Sebabnya kau bukan saja timbulkan syak wasangka tapi kau dah pergi dengan sangkaan kau. 

Nak cakap aku tipu? Probably not. Aku ada bukti. 

Masih

Aku minta satu kau dah pergi jangan kau toleh toleh lagi aku sedang berusaha sesuatu untuk diri aku. Jadi aku merayu cuma itu. 

Doa untuk awak

Saya disini doakan semoga awak berada dalam keadaan yang baik. 

Ikhlas dari hati yang awak sakiti.